Powered By Blogger

Friday, August 26, 2011

95th - End

Episod hidup yang berakhir dengan kesedihan.

End.

Friday, August 12, 2011

94th - Ramadhan Terakhir

Semoga ini bukan Ramadhan yang terakhir buatku..


Wah, sangat meletop Slot Samarinda TV3 kalini.. RAMADHAN TERAKHIR. Ya, saya mungkin tertarik dengan jalan ceritanya, tapi lebih tertarik dengan watak Mazni - lakonan Fazlina Ahmad Daud. Saya tak pasti pernah menonton drama lakonannya atau tidak, tetapi, darah seni yang mengalir dalam dirinya mengingatkan saya pada Allahyarhamah Seniwati Saadiah dalam filem Sumpah Semerah Padi. Bravo Fazlina, the mother of four kids with SUPER DUPER talent! Saya masih teringat salah satu twit beliau - the character was not her! hehe..


Barisan pelakon : Esma Daniel, Fazlina Ahmad Daud, Tasha Shilla (Sakinah), Aeril Zafril (Daniel), Eyka Farhana, Nur Anzalna oleh pengarah Ungku Ismail Aziz.

Mengisahkan Hisham seorang usahawan yang berjaya berusaha membimbing isteri dan anak-anaknya untuk kembali ke jalan yang benar di sisi agama Islam. Dia disahkan mengidap kanser kronik dan mempu untuk bertahan beberapa bulan saja lalu bertekad untuk membetulkan semula haluan hidup beliau yang begitu tercemar dengan pelbagai dosa sepanjang hidupnya.
Perubahannya itu telah dipandang sinis isterinya Mazni yang terus hanyut dibuai keenakan dan keseronokan. Apa lebih menyedihkan, anak lelaki mereka Daniel turut melakukan pergaulan dan perlakuan tanpa batas bersama teman wanitanya Rossa.
Pada masa yang sama Hisham sering bermimpi didatangi seorang wanita yang dikenali bernama Khadijah yang telah meninggal dunia. Kak Hawa, pembantu rumah mereka pula memutuskan untuk menamatkan perkhidmatannya. Kekosongan itu pula bakal di isi Sakinah seorang gadis bertudung, lemah lembut dan kukuh didikan agamanya. Pengambilan Sakinah sebagai pembantu rumah baru juga adalah satu agenda tersirat Hisham dalam melaksanakan misi kekeluargaannya. Siapakah sebenarnya Sakinah? Apakah maksud sebenar di sebalik kehadiran Khadijah dalam mimpi Hisham?

Friday, August 5, 2011

92nd - Ramadhan Al Mubarak

Bermula dengan kisah jalan2 di KL bersama mak, adik, nwar and latifah, segalanya berakhir dengan journey yang menyeronokkan. Walaupun si kesayangan demam panas lepas balik berjalan dengan si abang. Haih.. manja lah tu, turun naik LRT, pakai high heel. But I did gave you the best Clarks shoes and I dont know it really harm you dear... :(

Sejak awal July lagi, dah sibuk melayan mereka2 ini - Cedric, Luna and Ginny.. Wah! Harry Potter lagi.. hehehe..


Yang lainnya akan diupload kemudian.

Berbalik pada tajuk entri kali ini.. Sejauh mana kita menghayati Ramadhan.. Kadang rasa tak sabar masih ada, terutama bila sayang orang melampau2.. Ish teruknya.. Berpada2 O Mei, sooner or later, it will gone.

To those who keep visiting my blog, I hope it is not too late to wish : Selamat Berpuasa..


poster credit to Ikram Johor.