Powered By Blogger

Monday, June 4, 2012

135th - Tip sihat menurunkan berat badan

I successfully managed to maintain my weight at 48kg ~ 49kg for almost 3 months. Bunyi cam hebat kan.. hehe.. Well, ramai orang tanya saya how I get this weight even mereka  kata tak pernah nampak saya gemuk. Luckily, saya dalam kategori rangka kecil to sederhana. kalau setakat berat terlebih, sendiri je yang tahu.. hehehe.. Ok, jom saya share how it works..

Last year, July 2011, I realized I already put on weight when my son cakap 'Ibu, u looks meaty!'. Wah, so surprise, sbb since dia masuk UIA 2 bulan, tu first time dia cakap saya gemuk.. Masa tu rasa rendah diri dan pelbagainya lagi..

After google here and there, I was coached by Herbalife coach yang sangat baik hati even saya tak beli pun produk dari dia. I believe natural diet instead of makan supplement pengurus badan.

Beginning, I start to take plain water walaupun hakikatnya saya memang tak suka. SANGAT! Tapi azam nak kurus merubah hidup saya. Dengan berat permulaan 57kg, saya mula mengambil air mengikut body needs :

Jumlah air - 57kg/25 = 2.28liter perday

Beruntung masa tu Ramadhan menjelang, saya keraskan hati mengambil jumlah air, dan mula mengawal intake pemakanan dari 1 bahagian kepada 1/2. Tanpa skip mengambil makanan, waktu pagi 8.00 am saya mulakan dengan pengambilan secubit habbatusauda + 500ml air masak, kalau rasa lapar saya ambil almond chocolate 3 biji atau 2 keping biskut oat. Pukul 10 pagi, saya buat setgh mug nescafe untuk dicecah bersama 3 keping biskut crackers. Tapi... air saya buang. Untuk 3 bulan pertama saya tidak mengambil langsung air manis. Tengahari saya ambil nasi separuh + ikan/ayam + sayur, pukul 3 petang memadai sekeping dua kuih + air masak, dan malam sama seperti tengahari.  Hebatkan? hehe..Hasilnya - setiap minggu saya lost 0.5kg. Saya mulakan senaman selama 5 minit, 10 minit, 15 minit mengikut kemampuan saya. Dan akhirnya saya berjaya melengkapkan senaman selama 60 minit hampir setiap hari.

Hari Raya? Saya akan pastikan mengambil 1.0liter air sebelum memulakan sesi berziarah. Tips saya, ambil sedikit 5 atau 6 kali berbanding 3 hidangan yang besar.

Itulah rutin saya berlangsung selama 6 bulan!

Nah hasilnya, berat saya mencecah 48kg [pernah 47kg but I think I'm too skinny!]

So friend, jangan putus asa, tiada usaha yang tidak mendatangkan hasil jika ianya dilakukan bersungguh2!

Sekarang, saya masih lagi mengamalkan gaya hidup tersebut tetapi mengambil 2 kali air manis, senaman 1 ~ 3 kali seminggu dan pengambilan separuh hidangan makanan. Yang penting, air masak jangan lupa ya!

Friday, June 1, 2012