Powered By Blogger

Wednesday, May 4, 2011

45th - Itu Aku!

Apa kekuatan aku? Apa yang menjadikan aku kuat? Aku tiada jawapan lain. Melainkan > MEREKA.
To my dearest littles.. I owe you, a lot of .. Infinity. Aku bukan mahu kamu jadi derhaka, aku hanya mahu kamu jadi jujur, jujur pada diri sendiri.. Menghukum manusia dengan akal yang waras, melihat kesilapan demi kesilapan manusia sebagai satu dugaan. Percayalah, tak de manisnya hidup jika tiada kepahitan ini. Kita alpa dalam zon selesa yang kita cipta. Sedangkan Allah pernah bersabda,
Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya.
[Al-Baqarah: 233]
Dari ayat tersebut dapat kita ketahui bahawa ujian yang dikenakan kepada setiap hamba, adalah bersesuaian dengan apa yang mampu ditanggungnya. Dan setiap orang pula berbeza tahap tanggungannya dan penerimaan mereka terhadap ujian serta dugaan
Ujian yang diberikan juga adalah untuk mengukur tahap keimanan seorang hamba. Ini telah dibuktikan secara jelas berdasarkan ayat 2-3 surah al’-Ankabut;
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta. [al-Ankabut: 2-3]

Sayang, kita kena kembali pada fitrahnya, syurga di telapak kaki ibu, dan ayah pula memegang amanah yang telah Allah berikan padanya. Sapa kita untuk menentukan dosa dan pahala mereka. Semoga apa yang terjadi memberi iktibar pada kita, mencontohi teladan yang baik dan mensempadani segala keburukan dan kekhilafan.