Powered By Blogger

Friday, October 19, 2012

150th - Kenapa kita rasa lapar?

Di pagi Jumaat yang mulia ni, seriously I'm Hungry. So, after tanya Cik Google apa yang menyebabkan kita rasa lapar, ini jawapan dia. Terimakasih kepada blog MyShapeWorkDiet.

1. Peningkatan metabolisme - Ini terjadi kerana mungkin saya sedang aktif melakukan senaman setiap malam selama 20 hingga 30 minit. Bila banyak lemak terbakar kerana metabolisme yang aktif, begitu juga banyak makanan yang diperlukan oleh tubuh.

2. Pembinaan otot - Ini merupakan kesan dari senaman, yang mana lemak terbakar dan membina otot. So, jangan panik bila anda bersungguh-sungguh bersenam tetapi timbang berat tak turun atau masih naik. Otot mula menjadi pejal untuk memejalkan tubuh kita, dan dalam masa yang sama, lemak-lemak jahat mula hilang dan berat akan mula turun perlahan-lahan.

3. Kurang minum air - Ini adalah salah satu solusi bagi model-model di Barat untuk menjaga badan. Tapi perlu ingat ya, air yang berlebihan akan mengakibatkan keadaan organ badan tidak mampu memproses. Jadi, minum secukupnya mengikut berat dan keperluan. Formula : Berat (kg) / 25 = Liter Air.

4. Kurang ambil khasiat pemakanan dengan secukupnya - Untuk mendapat badan yang sihat, diet bukan bererti kita tidak perlu makan. Ingat tu! Jangan sesekali skip your meal! Kamu boleh ambil beberapa kali sehari tapi dalam kuantiti yang sedikit. Paling mudah, makan sebelum lapar dan kamu tak akan makan dengan banyak.

Ok, terimakasih untuk peringatan ini. Walaupun pagi ni berat agak mengecewakan, tapi mungkin itu hasil untuk no 2. Keep it up!