Powered By Blogger

Thursday, March 17, 2011

23rd - Mata Sihat, Cantik dan Menawan


Tips Penjagaan Mata

1. Elakkan dari minum air 2 jam sebelum tidur.Ini kerana minum air dengan banyak sebelum tidur akan mengakibatkan kulit pada bahagian bawah mata bengkak dan sembab.

 
2. Pastikan anda membersihkan solekan pada bahagian mata sebelum tidur. Jika solekan tidak ditanggal betul-betul, sisa-sisanya akan tertinggal pada mata. Anda harus ingat kulit bahagian mata amat lembut dan sensitif. Jika tidak dijaga dengan betul, ia boleh bertukar kehitaman, atau dipenuhi dengan bintik-bintik halus.
 
3. Jangan gunakan pelembap muka pada bahagian mata. Kandungan minyak dalam pelembap muka agak tinggi, dan ia boleh mengakibatkan 'oil seed' sekeliling zon mata. Sebaik-baiknya gunakan gel mata untuk merawat kulit mata yang lembut dan sensitif. Untuk hasil yang terbaik, gunakan gel mata yang mengandungi ekstrak timun, 'witch hazel', dan pro vitamin B5.
 
Petua penjagaan mata
Dalam merawat bahagian mata, terdapat berbagai petua atau amalan orang zaman dahulu yang boleh diamalkan hingga kini. Selain murah, bahan-bahannya juga mudah diperolehi antaranya:
Timun
Letakkan hirisan timun di mata dengan keadaan mata tertutup. Lakukan selama 10 minit setiap hari. Waktu paling berkesan bermula pada sebelah pagi atau ketika mata berada dalam keadaan tekanan.
Uncang teh
Sejukkan dahulu uncang teh yang telah digunakan, kemudian letakkan pada mata selama lebih kurang 10 minit.
Uncang 'chamomile'
Uncang 'chamomile' juga banyak khasiatnya. Gunakan seperti uncang teh tadi, lekap di mata dan biarkan selama 10 minit.
Lobak merah
Amalkan makan lobak merah atau lebih elok 'baby carrot' untuk menghasilkan mata yang sihat dan terang
Ais ketul
Tuamkan ais di bahagian bawah mata yang bengkak. Langkah ini baik untuk mengurangkan bengkak di bawah mata selain menyegarkan mata yang penat
Kapas & penyegar kulit
Basahkan kapas dengan penyegar kulit wajah dan lekapkan di mata. Lakukan setiap malam agar mata sentiasa segar selepas bangun dari tidur.
 
Kalau u all nak try cuci mata menggunakan daun sirih, cuba ini..
 
Ambil beberapa helai daun sirih, ramas dalam air dan kelip2 mata dalam air tersebut. Mula-mula memang pedih kerana mata kita kotor. Tapi hasilnya memang Superb! Cubalah!