Powered By Blogger

Tuesday, March 22, 2011

24th - Pelajar Sekolah Agama sukar Ke SBP

Saya suka tajuk ini. Saya setuju dengan luahan mereka, kerana itu juga masalah saya hadapi ketika anak2 saya mendapat keputusan cemerlang semasa UPSR dan PMR. [I love u babes!]

berita credit to Berita Harian Online

Pelajar sekolah agama sukar ke SBP
Oleh Mohd Feroz Abu Bakar

2011/03/22

IBU bapa mendakwa Kementerian Pelajaran mendiskriminasi murid sekolah agama dengan menyekat peluang untuk meneruskan pendidikan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA).

Mereka mengatakan sekatan itu menjadi amalan dalaman kementerian sejak tahun lalu tetapi tiada sebarang arahan rasmi dikeluarkan mana-mana pihak.

Seorang bapa yang juga kakitangan kerajaan berkata, anaknya menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Islam tahun lalu dan berjaya dengan cemerlang atau Tahap Mumtaz tetapi tidak layak memohon ke SBP.

Tahap Mumtaz UPSR Islam menyamai gred 5A dalam UPSR seperti yang diduduki oleh murid sekolah kebangsaan.

Beliau yang tinggal di utara berkata, sistem permohonan berkomputer Kementerian Pelajaran memaklumkan anak perempuannya tidak layak memohon ke SBP kerana mengikuti pendidikan di sekolah agama swasta.

“Tindakan menghalang murid sekolah swasta memohon ke SBP menafikan hak mereka memilih mana-mana sekolah dalam sistem pendidikan negara.

“Ini juga menghalang keupayaan mental remaja untuk memasuki aliran sains selepas enam tahun di sekolah rendah agama.
“Saya menyiasat sendiri dan mendapat tahu tiada pekeliling dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran untuk menyekat murid sekolah agama swasta ke SBP,” katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur.

Ada 53 SBP di seluruh negara dengan 39 menawarkan aliran sains manakala 14 lagi aliran agama.

Kakitangan syarikat berkaitan kerajaan di Kuala Lumpur, M Daud Tahrin M, 30, berkata adik bongsunya, Ismail, 17, juga mengalami nasib yang sama ketika memohon ke SMKA untuk ke Tingkatan Empat tahun lalu.

Beliau yang berasal dari Melaka berkata, adiknya mengikuti pendidikan Tingkatan Satu hingga Tiga dan menduduki Penilaian Menengah Rendah di Sekolah Agama Teluk Kemang di Negeri Sembilan.

Katanya, sistem berkomputer dalam permohonan ke SMKA mengatakan pelajar sekolah agama negeri tidak layak memohon ke aliran agama sekolah Kerajaan Persekutuan.

“Ibu bapa saya pergi sendiri Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Melaka dan pegawai JPN mengesahkan pelajar sekolah agama negeri tidak boleh meneruskan pengajian ke sekolah agama kerajaan Pusat atas alasan sistem tidak sama.

“Saya dan adik saya sangat kecewa kerana Kementerian Pelajaran mendiskriminasi pelajar aliran agama seolah-olah mereka penyokong parti politik pembangkang,” katanya.

Seorang ibu di Shah Alam, Selangor, Hasnita Shaari, 38, berkata dia tidak mahu anaknya memohon ke SBP kerana sudah dimaklumkan pelajar aliran agama tidak layak ke SBP.

“Keputusan 5A UPSR dan Tahap Mumtaz Penilaian Sekolah Rendah Agama sekali pun tidak cukup bagus untuk layak ke SBP aliran agama,” katanya.

Hasnita berkata, seorang anaknya mengikuti pendidikan di Sekolah Islam Integrasi Masjid Darul Ehsan, Subang Jaya manakala seorang lagi di Sekolah Sri Pintar, USJ.