Powered By Blogger

Sunday, May 8, 2011

47th - Please be my good boy!

Kelu. Terharu. Bersyukur.. Bersyukur pada Mu Ya Allah.. Kegagalan bukan pengakhiran hidup. Ingat tu Anwar. I'm proud, berry proud to have you.

* Peluang terbuka lagi. UIA didalam genggaman. Sebelah kaki telah berada di tangga pertama. Sebaik kedua-duanya melangkah nanti, dakilah tangga itu dengan penuh kekuatan, walau apa pun keperitan yang kamu alami. Jangan lupa ibu dan ayah.

To my dottie. Anak paling manis. Teman suka duka. I'm speechless. Mahu saja ibu jerit pada dunia, kamu berdua amat bernilai pada ibu. Ibu kenal siapa kawan kini. Ermm bukan kawan, kawan baik. Owh bukan juga.. Kamu berdua nadi ibu. Tanpa kamu, ibu telah lama mati. Selamat Hari Ibu. Ibu akan jadi lebih kuat dari hari ini.