Powered By Blogger

Wednesday, May 11, 2011

50th - Happy anniversary!

Hari ini, 19 tahun yang lepas, aku bertunang. dan bulan ini juga, genap 18 tahun aku menjadi isteri pada seorang sang suami. Aku tak mahu lagi menoleh ke belakang, terima lah aku seadanya, seorang isteri yang perlu tunjuk ajarmu, seorang ibu kepada anak2 yang manis, si Anwar dan Latifah.

Mungkin ini bukan masa yang terlalu baik untuk berjanji, tapi aku mahu menjadi yang lebih baik dan terus mengharap sesuatu yang sangat baik untuk memulihkan hubungan kekeluargaan kami.

Buat suami, sebelum kita terlewat, Tuhan masih bagi kita nyawa untuk memilih jalan menentukan masa depan kita.

Buat anak2, kamu yang paling manis dan gula garam hidup ibu.

Buat semua, harga kepercayaan terlalu mahal untuk dinilai. Ibaratkan ianya seperti kaca, kalau ianya pecah, kutiplah ia, kumpul dan simpan disatu tempat agar ia tidak melukakan yang lain.

Ibu.