Powered By Blogger

Tuesday, May 31, 2011

58th - Happy Anniversary Sayang!

19th.



Syukur kepadaMu keatas rezeki, anugerah dan segala kurniaanMu.

 


 

Thursday, May 26, 2011

57th - I'll always be your friend..

To my dear Son,

I'll always. I promised. I'm your shoulder to cry on.
Tomorrow is our last nite together. You will face the new world. Wherever you are, mummy and daddy will love you always. Our pray will always with you. And so, dottie.

Eat . Love . Pray

Wednesday, May 25, 2011

56th - My dad has everything

My Dad Has Everything

I'm hoping that my kids will tell me this one day.



Yes, I agreed with this, my kid's dad is my hubby. My Love, my everything. He is not only my sleeping partner, he is my vein, my best friend, a shoulder to cry on even he is not besides me. He is a berry good listener, he guides me to become a good daughter, wife and mother as well. So.. Who am I without him? I'm nobody.

To my dear Anwar and Latifah, appreciate him like you used to be, you won't regret. Trust me!

p/s : this entry is my favourite number. Yeay!

Friday, May 20, 2011

55th - All about si Anwar and Latifah

Yeay!

I'm proud to tell you, that I'm Anwar's and Latifah's mother.

Anwar - Berry ambitious, caring, loving and love to Zzzzz.. hehe.. Kalau dia marah, better u keep silent or he will be berry silent to you for few days.. :p
Bangga ada anak sebaik Anwar, kata adik dia, dia sangat famous kat sekolah dan dan dan.. Morning Rocket. O yea? Hehe..  He is crying ms result SPM keluar sbb tak dapat flying colors.. But I always tell him, that is not the end of his world. But the beginning of the war.. Padahal dia sendiri tulis camtu kan kat blog dia.. Hahaha..
Sekarang ni, bilik Anwar is most like 'kapal karam', tah hapa yang dikemasnya, I dunno.. Just wait and see.. hehe.. Hujan? Bila Aku Sudah Tiada..

To my beloved Anwar@baby, always remember this, ke mana pun kamu, Ibu, Ibu, Ibu dan Ayah will always be by your side. Just put your head on my shoulder whenever u need it... UIA - 28 May 2011.. hohoho..

Latifah - Love. Love. Love.. Anak manis, silent, sampai dia marah pun kita tak tau.. Once a while, kelakar tak hingat.. keje dia, netbook, netbook, FB, FB, blog and blog... tapi bila check blog, bersawang since last few weeks.. hehe.. She is berry good girl. Sayang sangat, sama cam ibu sayang abang. Sayang both of you camana uols sayang iols.. hehe.. ok tak..
Sekarang dah pandai buat cheesecake. Because of what? She loves eating! Hahaha.. I once crying masa baca entry about mother's day 2011. Terharu.. :p Tapi bilik dia.. ai ai.. malas nak cakap pape.. hahaha.. Justin Bieber.. arghhh.. cute sangat cam dia..

To my beloved Latifah@Pah@adik@dakmok.. My love for you is infinity. And ayah love u so much. Please keep loving us. 5A? bukan penentu kejayaan, tapi menjadi pengukur kematangan kita menghadapi masa depan. Keep up good work, Love! Ooo one more.. I'm your BFF. Share everything with me and I wont disappoint you!

Thursday, May 19, 2011

54th - Kesetiaan

Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi..


Mampukah aku sesetia Nur Kasih..

Segaris nada rindu
Hilang jadi sendu
Tinggalkan lara putus cintaku

Di akhir kali pertemuan pilu
Tahu kau meninggalkanku
Kau palitkan kesal menunggumu

Kesalahan kau pautkan di jiwaku
Kau nampakkan keangkuhanmu
Diri ini tak kau hargai

Kesalahan kau pautkan di jiwaku
Kau nampakkan keangkuhanmu
Kuredhai cinta tak suci ini pergi... jauh..

Wednesday, May 18, 2011

52nd - Ermmm..

One word to describe. Berdebar2. U are going to leave us soon. Busy preparing apa2 yang patut. Semoga Allah memberkati usaha kita.. Amin2, InsyaAllah..

Thursday, May 12, 2011

51st - Countdown

My dear Anwar,

15 days more. This home will miss you. UIA will welcome you.

Ayah, Ibu, Dottie & Tod.

p/s : just imagine sunyinya kami.. tanpa petikan gitarmu, tanpa nyanyian sumbang ibu, tanpa kod2 dan lirik2 lagu ayah. Dan yang pasti, tiada lagi suara adik yang merengek manja kerana dicubit pipinya. Tod juga - sapa nak bagi whiskas padanya ketika kami kerja dan Latifah ke sekolah?

Segalanya mencerminkan hanya satu - R I N D U

Wednesday, May 11, 2011

50th - Happy anniversary!

Hari ini, 19 tahun yang lepas, aku bertunang. dan bulan ini juga, genap 18 tahun aku menjadi isteri pada seorang sang suami. Aku tak mahu lagi menoleh ke belakang, terima lah aku seadanya, seorang isteri yang perlu tunjuk ajarmu, seorang ibu kepada anak2 yang manis, si Anwar dan Latifah.

Mungkin ini bukan masa yang terlalu baik untuk berjanji, tapi aku mahu menjadi yang lebih baik dan terus mengharap sesuatu yang sangat baik untuk memulihkan hubungan kekeluargaan kami.

Buat suami, sebelum kita terlewat, Tuhan masih bagi kita nyawa untuk memilih jalan menentukan masa depan kita.

Buat anak2, kamu yang paling manis dan gula garam hidup ibu.

Buat semua, harga kepercayaan terlalu mahal untuk dinilai. Ibaratkan ianya seperti kaca, kalau ianya pecah, kutiplah ia, kumpul dan simpan disatu tempat agar ia tidak melukakan yang lain.

Ibu.

Sunday, May 8, 2011

47th - Please be my good boy!

Kelu. Terharu. Bersyukur.. Bersyukur pada Mu Ya Allah.. Kegagalan bukan pengakhiran hidup. Ingat tu Anwar. I'm proud, berry proud to have you.

* Peluang terbuka lagi. UIA didalam genggaman. Sebelah kaki telah berada di tangga pertama. Sebaik kedua-duanya melangkah nanti, dakilah tangga itu dengan penuh kekuatan, walau apa pun keperitan yang kamu alami. Jangan lupa ibu dan ayah.

To my dottie. Anak paling manis. Teman suka duka. I'm speechless. Mahu saja ibu jerit pada dunia, kamu berdua amat bernilai pada ibu. Ibu kenal siapa kawan kini. Ermm bukan kawan, kawan baik. Owh bukan juga.. Kamu berdua nadi ibu. Tanpa kamu, ibu telah lama mati. Selamat Hari Ibu. Ibu akan jadi lebih kuat dari hari ini.

46th - Bangkitlah dari kesedihanmu!

Aku dah puas menangis. Sampai bila harus menangis? Sampai bila harus tunjuk kelemahan? Sampai bila harus airmata itu jadi senjata yg akan diambil kesempatan oleh orang lain? Bangun! Terimalah hakikat dia tak sayang kau lagi. Tapi bukan Dia.. 




KATA-KATA NASIHAT IBNU QAYYIM

Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah SubhanAllah Wa Taala.

Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah SubhanAllah Wa Taala.

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah SubhanAllah Wa Taala.

Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya.

Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya.

Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. . . . . . Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendunghajat hati sihamba itu.

Wednesday, May 4, 2011

45th - Itu Aku!

Apa kekuatan aku? Apa yang menjadikan aku kuat? Aku tiada jawapan lain. Melainkan > MEREKA.
To my dearest littles.. I owe you, a lot of .. Infinity. Aku bukan mahu kamu jadi derhaka, aku hanya mahu kamu jadi jujur, jujur pada diri sendiri.. Menghukum manusia dengan akal yang waras, melihat kesilapan demi kesilapan manusia sebagai satu dugaan. Percayalah, tak de manisnya hidup jika tiada kepahitan ini. Kita alpa dalam zon selesa yang kita cipta. Sedangkan Allah pernah bersabda,
Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya.
[Al-Baqarah: 233]
Dari ayat tersebut dapat kita ketahui bahawa ujian yang dikenakan kepada setiap hamba, adalah bersesuaian dengan apa yang mampu ditanggungnya. Dan setiap orang pula berbeza tahap tanggungannya dan penerimaan mereka terhadap ujian serta dugaan
Ujian yang diberikan juga adalah untuk mengukur tahap keimanan seorang hamba. Ini telah dibuktikan secara jelas berdasarkan ayat 2-3 surah al’-Ankabut;
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta. [al-Ankabut: 2-3]

Sayang, kita kena kembali pada fitrahnya, syurga di telapak kaki ibu, dan ayah pula memegang amanah yang telah Allah berikan padanya. Sapa kita untuk menentukan dosa dan pahala mereka. Semoga apa yang terjadi memberi iktibar pada kita, mencontohi teladan yang baik dan mensempadani segala keburukan dan kekhilafan.



44th - Cinta Matiku

Tah apa yang merasuki hati.. Jiwa semakin mati.

Akan ku biarkan dirimu
Merasuki hidupku
Akan ku biarkan cintamu
Meracuni hatiku
Kerna cintaku terlalu gila
Kepadamu ku yang cinta
Kerna diriku tak pernah bisa
Hidup tanpamu

Chorus
Jangan pernah tinggalkan diriku
Jangan lepaskan aku
Walau setengah detik hidupku
Ulang Chorus
Kerna cintaku terlalu gila
Kepadamu ku yang cinta
Kerna diriku tak pernah bisa
Hidup tanpamu
Ulang Chorus 3X

6th Sense - Cinta Matiku

Sapa yang perlu berubah? Aku? atau Kau? atau kedua2nya? Bagaimana kalau tak mahu berubah? Ego.. Takut kesenangan dikongsi bersama, walaupun dengan orang tersayang.. Hmm.. Buat pertama kali aku melihat darling menangis, kerana rasa bersalah pada seorang ibu yang tak pernah meninggalkan dia. Buat tersayang, jangan warnakan mereka dengan warna hitam kehidupanmu. Aku Sayang Mereka.

Tuesday, May 3, 2011

43rd - Sedetik Lebih

To my Hubby, Nwa & Dottie.. everdearest.



Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu..

Manusia dan khilaf. Itulah manusia. Tak lari dari kekhilafan. Buat semua yang aku sayang, Maafkan Aku.