Powered By Blogger

Wednesday, November 14, 2012

152th - RIP Cedric 20122011 ~ 13112012


It was a big lost to us.

Dear Cedric. I'm speechless. Segalanya telah kami abadikan di Instagram.

Daddy, Mommy, abang, kakak
Luv U forever.


Monday, October 29, 2012

151th - Aku Suka Dia



Aku lihat dia disana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia

Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya

Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya

Ku terima satu nota darimu
Yang tertulis ‘Aku suka kamu’

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Akhirnya kini ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini, aku mulai bahagia
Menerima cinta darinya

Aku suka dia.


Friday, October 19, 2012

150th - Kenapa kita rasa lapar?

Di pagi Jumaat yang mulia ni, seriously I'm Hungry. So, after tanya Cik Google apa yang menyebabkan kita rasa lapar, ini jawapan dia. Terimakasih kepada blog MyShapeWorkDiet.

1. Peningkatan metabolisme - Ini terjadi kerana mungkin saya sedang aktif melakukan senaman setiap malam selama 20 hingga 30 minit. Bila banyak lemak terbakar kerana metabolisme yang aktif, begitu juga banyak makanan yang diperlukan oleh tubuh.

2. Pembinaan otot - Ini merupakan kesan dari senaman, yang mana lemak terbakar dan membina otot. So, jangan panik bila anda bersungguh-sungguh bersenam tetapi timbang berat tak turun atau masih naik. Otot mula menjadi pejal untuk memejalkan tubuh kita, dan dalam masa yang sama, lemak-lemak jahat mula hilang dan berat akan mula turun perlahan-lahan.

3. Kurang minum air - Ini adalah salah satu solusi bagi model-model di Barat untuk menjaga badan. Tapi perlu ingat ya, air yang berlebihan akan mengakibatkan keadaan organ badan tidak mampu memproses. Jadi, minum secukupnya mengikut berat dan keperluan. Formula : Berat (kg) / 25 = Liter Air.

4. Kurang ambil khasiat pemakanan dengan secukupnya - Untuk mendapat badan yang sihat, diet bukan bererti kita tidak perlu makan. Ingat tu! Jangan sesekali skip your meal! Kamu boleh ambil beberapa kali sehari tapi dalam kuantiti yang sedikit. Paling mudah, makan sebelum lapar dan kamu tak akan makan dengan banyak.

Ok, terimakasih untuk peringatan ini. Walaupun pagi ni berat agak mengecewakan, tapi mungkin itu hasil untuk no 2. Keep it up!

Wednesday, October 17, 2012

149th - Tanda-tanda Kejujuran orang yang Bertaubat


Sebatas mengucapkan taubat bukanlah bukti kejujuran melakukan taubat, selama orang yang bertaubat tidak menunjukkan tanda-tanda yang menjadi bukti nyata taubat. Di antara tanda-tanda yang menunjukkan kejujuran orang yang bertaubat adalah:
1. Meninggalkan dosa dan menggantinya dengan ketaatan. Ini adalah bukti kepekaan hati, penyesalan terhadap dosa, dan keinginan untuk bertaubat.
2. Berkeinginan untuk meninggalkan dosa masa lalu dan memperbaiki yang akan datang. Jika pada masa lalu sering meninggalkan ibadah, berbuat dzalim, melakukan kesalahan yang tidak menyebabkan denda, maka hendaknya hamba bersedih karena dia telah melakukan itu semua. Ini adalah bukti pengagungan Allah dalam hati, ketakutan yang sangat akan murka-Nya, pengharapan terhadap ridha-Nya, dan keinginan untuk meraih surga-Nya.
3. Bumi baginya terasa sempit sebagaimana sempitnya bumi bagi Ka’ab bin Malik dan kedua sahabatnya, sehingga dia akan merasa sedih dan menangis yang menghindarkannya dari sendau gurau dan tertawa.
4. Hendaknya keadaan setelah taubat lebih baik dari sebelumnya. Allah berfirman :
"Kemudian Adam menerima beberapa kalimat dari Tuhannya, maka Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang." (Q.S. al-Baqarah : 37)
5. Hendaknya dia tidak merasa aman dengan tipuan (makr) Allah. Allah berfirman :
"Dan orang-orang yang takut terhadap azab Tuhannya. Karena, sesungguhnya azab Tuhan mereka tidak dapat orang merasa aman (dari kedatangannya)." (Q.S. al-Ma‘ârij : 27-28)
Dia akan disertai rasa takut selama hidupnya dan akan terus dalam keadaan seperti itu hingga mendengar suara malaikat yang akan mencabut nyawanya, sebagaimana disebutkan dalam surat Fushshilat ayat 30:
“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: "Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan surga (jannah) yang telah dijanjikan Allah kepadamu." (Q.S. Fushshilat : 30)
6. Hamba merasa sakit dan menyesal terhadap dosa yang pernah dilakukannya, dan takut akan akibat yang buruk.
7. Hamba selalu mengingat akan cepatnya bertemu dengan Tuhannya, pada setiap saat dia menanti tibanya ajal. Dan, sesungguhnya ajal itu lebih dekat dengannya daripada tali sepatunya. Rasulullah saw. bersabda:
"Surga itu lebih dekat dengan salah satu di antara kalian daripada tali sepatunya, demikian juga dengan neraka." (HR. Bukhari)
8. Di antara tanda paling kuat kejujuran hamba dalam bertaubat adalah cinta Allah dan Rasul-Nya, cinta orang-orang yang beriman, dan melakukan tindakan yang menunjang cinta ini.
mudah-mudahan kita termasuk kedalam golongan orang-orang yang bertobat..

credit to : edsassin-story.blogspot.com

148th - Samsung gadjet

Gadjet : Antara keperluan dan gaya hidup

Cakap apa saja yang tak ada disetiap rumah, baik yang tiruan mahupun yang asli, tablet sudah menjadi satu kegilaan, malah lebih tepat lagi dikatakan menjadi kegilaan setiap orang untuk memiliki. Even my niece berumur 5 tahun tahu nak demand ummi dia, nak tablet 10.1 not 7 please! Hahahaha.. terukkan?

Tak ketinggalan, myself. Apalagi my hubby my daughter and my son. Semua ada instagram. Dan semuanya perlu membawa gadjet masing-masing untuk memuat turun gambar-gambar di setiap tempat yang menarik.

Tablet daddy - Samsung Galaxy Note. 

Just imagine, at our age, dia ada jutaan pendapatan untuk Bakery Shop dan puluhan (mungkin ratusan) pengikut yang saling memberi tips. Kalau lambat? Habis kuih berlalat! Hehehehe..


Daughter, Son & Mommy - Samsung Galaxy Tab 8.9 & 7.7

Actually, myself, sangat prefer Tab 8.9. Besides skrin yang besar, ada rasa-rasa DIVA bila membawanya. Hehehe.. but once I saw a mother using her Tab 10.1, I felt lucky, the new tablet which dad bought for me was 7.7. 
          
Unfortunately, this gadjet is a limited edition.

Since this tablet is quite new in the market, tentulah banyak perbezaan dan advance diantara tablet 7.7 dan tab 7 yang lain2. Antara yang menarik, 

credit to malayandroid.com. Blog anda memang superb!

Selain tu, paling ketara adalah hasil foto yang diambil menggunakan Tablet 7.7 berskrin Super Amoled yang memang super duper cantiknya!


And the most our favourite game

TEMPLE RUN
 Lari dari Monkey Monster and try to achieve over a million point!


COIN DOZER
Try me! And you will addict to drop all the coins!


To whom yang belum ada tablet ni, kalau anda ketagih, jangan salahkan saya kerana mencuba game-game diatas.. Hehehe..

But the most I guess what is the most we addicted was this - Instagram!


Tuesday, October 16, 2012

147th - Mae Nak

Paling tak sabar nak tonton cerita ni, walaupun dah ketinggalan beberapa bulan. Ini adalah kali kedua filem tentang Nak diterbitkan. Apa pun versinya, saya amat menyukai.


Mae Nak is a well-known love ghost story based on true love between Nak and Mak that happened 100 years ago in Thailand. It is a story about a soldier, Mak, who has left his pregnant wife at home, spending years in battle.
Mae Nak (Mae, the archaic form commonly used before a women’s name in old days) lived on the bank of the Prakanong River. At the end of the war he returned home where his house was deserted and ruined. But he saw it as it had been, and his wife Mae Nak and son as they were before he went away. However, once her husband discovered that she was a ghost, he fled to the temple. Mae Nak was furious and began terrorizing people in the village. The whole community was terrified. Villagers decided to dig up Nak’s body and cremated her as according to Buddhist religion so her spirit would rest in peace. But Nak’s ghost refused to go with the love she still had for her husband. Finally they had to bring in a monk to ask Nak’s spirit to go to glory.


146th - Hantu Air


Last weekend, we spent our time watching Hantu Air. Hahahahahantu betul cerita ni.. Especially the intro, the great (I'm not deny this!) Azwan Ali. Betul2 tackle me to watch the movie sampai habis.



Hantu Air mengisahkan kerana kecuaian, botol berisi semangat jahat terjatuh ke dalam tasik sebuah resort. Selepas itu, berlaku beberapa aktiviti paranormal di resort yang diurus Mawar. Lebih teruk, beberapa penghuni resort mempunyai latar belakang hitam sendiri.
Fauzi yang baru kehilangan anak dan isteri bertemu Mawar dan mula berkawan rapat. Manakala Ramli dan Ros yang menginap di situ bersama anak mereka kecewa dengan pengurusan resort. Dua rakan baik, Jennifer dan Alicia pula berada di situ kerana sukakan aktiviti lasak yang disediakan.



Actually ni antara scene paling lawak, the management panggil bomoh cina dan sama-sama makan telur rebus dengan hantu. So hillarious! hehehehe..


Wednesday, September 5, 2012

145th - 5th September, 2012


Date : 5th September, 2006
Place : NusaVilla

Happy Birthday. Please appreciate whatever you have now before you will miss them forever.

Tuesday, September 4, 2012

144th - Heidi Klum and Seal Separate - Official Statement

credit to http://www.modelinia.com




As one of our favorite supermodel couples, Heidi Klum and Seal, announced tonight that they will be separating. We wish them the best during this difficult time.
In official statement released they said “While we have enjoyed seven very loving, loyal and happy years of marriage, after much soul-searching we have decided to separate. We have had the deepest respect for one another throughout our relationship and continue to love each other very much, but we have grown apart. This is an amicable process and protecting the well-being of our children remains our top priority, especially during this time of transition. We thank our family, friends, and fans for their kind words of support. And for our children’s sake, we appreciate you respecting our privacy.”

Tuesday, August 7, 2012

143th - Spaghetti Prawn Olio dengan Tomato Gravy


Harini saya nak kongsi resipi Spaghetti Prawn Olio

Rebus 1/2 bungkus spaghetti dengan 2 sudu minyak zaitun dan sedikit garam
10 ~ 15 udang segar dibuang kepala
3 ulas bawang putih dicincang halus
3 sudu minyak zaitun
Lada bengal di potong panjang seinci
Tomato dipotong kiub
Rempah Oregano
Garam secukup rasa

Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga garing, masukkan udang, lada bengal dan tomato.Gaul sebati dan taburkan Oregano dan garam.


Untuk kuah bolognese :

Kali ni kita tak guna cendawan butang dan daging, kita cuma guna tomato dan tomato puree untuk gravy Prawn Olio ni.

Sebiji tomato dipotong kiub
1 tin sedang tomato puree
3 ulas bawang putih dicincang
2 sudu minyak zaitun
Rempah Oregano
Garam

Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau, masukkan tomato puree dan tomato yang telah dipotong. Masukkan sedikit air. Masukkan Oregano dan garam dan biar hingga mendidih secukupnya.

Selalu kita makan tanpa kuah kan, so guys, please try this lovely Prawn Olio with Tomato gravy. It's yummy!

Wednesday, August 1, 2012

142th - Keindahan Ramadhan

10 malam pertama Ramadhan adalah untuk rahmat, 10 malam kedua adalah untuk pengampunan dan 10 malam terakhir adalah untuk bebas daripada api neraka. 


Semoga Allah mendengar segala doa2ku, mengampunkan segala dosa2ku dan merahmati kehidupanku. Andai apa yang terlintas dihati aku adalah yang terbaik untuk aku, Kau permudahkanlah, Ya Allah.

Monday, July 30, 2012

141st - Ramadhan ya marhaban!

Entah, selepas 10 hari berpuasa, aku rasa aku semakin diberi kekuatan untuk membuat keputusan. Semoga Ramadhan ini memberi aku kekuatan untuk melakukannya. Dan aku berharap, apa pun keputusan, ini adalah yang terbaik untuk kehidupan aku seterusnya.

Friday, July 20, 2012

140th - Hati oh Hati

Aku gagal mendidik hati? atau dia gagal mendidik aku?


3-31: Katakanlah (wahai Muhammad saw): “Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah akan mencintai kamu dan Dia (Allah) akan mengampuni dosa-dosa kamu. Dan Allah adalah al-Ghafur (Maha Pengampun), lagi al-Rahim (Maha Mengasihani). 

139th - Pengisytiharan Awal Ramadhan 2012



Umat Islam Di Malaysia Mula Berpuasa Sabtu
KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa Sabtu ini.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia telah ditetapkan pada Sabtu ini, 21 Julai 2012, bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Pengumuman itu disiar secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab. - BERNAMA

Tuesday, July 17, 2012

138th - Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Terlalu pantas masa berlalu. I still remember, what had happened on last Ramadhan. The last day terawih di surau berdekatan, hati nekad nak buat 20 rakaat. Syukur, impian diiringi semangat, walaupun ada yang tersilap pada akhir2 rakaat.

Semoga tahun ini lebih baik dari tahun2 sebelumnya
Semoga segala khilaf diri diampuni oleh Yang Maha Esa
juga oleh suami, ibu, anak2 dan manusia disekelilingku
Semoga hati ini lebih kuat untuk menyayangi setiap ciptaanMu
Semoga rezeki berpanjangan sehingga ke akhirnya..

Tuesday, July 10, 2012

137th - Spaghetti Beef Bolognese



Spagetthi Beef Bolognese


1 packet of Spaghetti – boil water, put a few drops of olive/vege oil, a pinch of salt
-          Boil until the spag become soft  dan kembang secukupnya
250 grams of minced beef (I prefer Ramly’s product)
3 pcs garlics – ketuk dan cincang 
1 yellow onion – potong dadu
1 tin sedang Tomato Puree
2 biji tomato dipotong dadu

1 tin cendawan butang dihiris2
1 sudu Serbuk Oregano
Garam/gula secukup rasa
Minyak zaitun untuk menumis, guna minyak sayuran pun boleh
Cara :
Panaskan minyak dan tumis garlic sampai naik bau dan masukkan minced beef yang telah dikirai
Biarkan hingga daging masak dan masukkan bawang yang telah dipotong
Kemudian masukkan Tomato Puree dan setengah tin air, dan tomato
Biarkan semuanya jadi agak pekat, masukkan cendawan dan serbuk oregano, garam dan sedikit gula kalau suka.

Tuesday, July 3, 2012

136th - Kenapa doa kita tidak makbul?

I was impressed with this article which I copy from Mstar Online. Something to ponder, something to share and something to make you berry greatful, how big is Allah!


Mengapa Doa Tidak Dimakbulkan?
"PENAT dah usaha, doa lagi, usaha lagi, doa lagi, usaha lagi. Dah usaha, doa, tawakkal dah. Tapi kenapa tak makbul-makbul lagi apa yang aku nak dapat dalam hidup ni? Orang lain tu macam mudah sahaja dapat apa yang mereka ingini. Aduhai memang tak bertuah kot aku ni?"
Pernah merungut sebegitu? Seakan apa sahaja yang kita nak capai macam susah laluannya, kan? Kadang-kadang sampai putus asa. Pernah rasa begitu?
Saya nak kongsi sedikit pengalaman saya. Pengalaman sangat manis bagi saya apabila Allah SWT tunaikan impian zaman kanak-kanak saya. Allah SWT limpahkan nikmat dua kali ganda pada hajat saya dan wasiat arwah ayah saya.
Impian ini baru sekarang Allah SWT tunaikan. Impian semasa usia saya 12 tahun (sehingga sekarang saya masih simpan impian ini). Selepas 27 tahun baru Allah SWT tunaikan dengan kurniaan berganda.
Dua puluh tujuh tahun dahulu arwah ayah pernah membawa saya ke muzium negara. Kami menaiki bas dari Ulu Yam ke Kuala Lumpur kerana ayah memang tidak mepunyai kereta. Memandangkan arwah seorang konstabel polis, ke mana sahaja laluan bas yang kami naiki adalah percuma dengan sekadar ayah pamerkan badgenya bernombor 26200 pada pemandu mahupun kondukter bas.
"Onn (ini panggilan manja saya) nak pergi muzium kat KL tak?"
"Muzium? KL? Best ke yah?"
"Jomlah ayah bawak. Boleh tengok kapal terbang kat luar muzium tu. Dah tu kita jalan kat lake garden, nak?"
"Bila?" tanya saya teruja.
"Sabtu!" balas ayah saya.
Pada hari Sabtu itu, awal pagi lagi arwah ayah dah bangun. Ditanaknya nasi seusai solat subuh. Kemudian, dia menggoreng ikan kembung rebus cili padi dan belacan dengan kacang panjang. Menu istimewa ikan masak lompok-lompok ini memang terkenal dalam kalangan adik-beradik kami.
Nasi putih yang masih panas ayah letakkan di atas alas daun pisang dan lauk sambal ikan tersebut diletak di atas bucu nasi. Kemudian, ayah balut ia umpama nasi lemak yang besarnya seperti induk ayam.
Ayah bancuh air sirap panas yang kemudiannya dimasukkan ke dalam termos. Inilah bekalan kami nanti kerana kami tidak punya banyak wang untuk makan di restoran. Ayah bungkus teliti dalam beg plastik yang dirapikan dengan balutan getah bulat.
"Siap dah bekalan kita, Onn. Ni nanti bila dah mesra sambal ikan lompok-lompok ni dengan nasi dan harum daun pisang, sedap ni nanti," ucap ayah selesai membungkus bekalan kami kelak.
Kami tiba di muzium. Sambil berjalan-jalan, ayah ceritakan sejarah hampir setiap ruang dan galeri yang kami lewati. Sebagaimana dijanjikan, kami menyusur jalan di belakang muzium negara ke lake garden dan sama-sama kami jamah bekalan nasi bungkus tadi.
"Onn kat sekolah pandai, kan? Nak tak masuk universiti tak nanti bila dah besar nanti?"
"Eh, mestilah," pendek sahaja jawapan saya.
"Kalau ayah bawak ke satu universiti paling best kat Malaysia ni nak tak? Ayah nak bagi semangat kat Onn. Universiti ni orang pandai-pandai aja yang dapat masuk. Macam Onnlah orang pandai." Bersemangat betul ayah mempelawa saya.
Saya mengangguk tanda setuju.
Kami menaiki bas mini di hadapan muzium. Setelah sekitar 15 minit berlalu, ayah menekan loceng dan kami turun dan terus menyeberang jalan. Ayah pimpin tangan saya melewati pintu utama yang dijaga oleh dua orang 'Pakcik Jaga' (ini panggilan kami untuk kakitangan sekuriti).
Saya baca tulisan yang terpapar di pintu gerbang masuk; "Selamat datang ke UNIVERSITI MALAYA," bisik saya dalam hati.
Saya lihat ayah tersenyum.
"Inilah universiti tempat budak-budak pandai tu. Nanti bila dah besar Onn belajar kat sini tau. Tak ramai orang dapat masuk sini. Orang yang hebat-hebat sahaja yang boleh belajar kat sini," ulas ayah pada saya.
Ayah pimpin tangan saya berjalan sekitar kampus. Kami lewati Dewan Tunku Canselor dan tasik kecil di sekitar kampus.
"Onn sukalah universiti ni. Onn mesti belajar kat sini nanti. Ayah suka kan Onn belajar kat sini?"
Ayah saya tersenyum bangga!
Semenjak dari itu hati saya sudah tetap untuk ke Universiti Malaya. Saya tidak tahu kursus apa yang akan saya ambil tapi itulah dia universiti pujaan hati saya. Apatah lagi, semasa saya bersekolah di sekolah asrama Sekolah Teknik Tuanku Jaafar, kawan-kawan semua menggelarkan universiti ini sebagai "Harvard University of Malaysia".
Namun, tak semua yang kita impikan jadi kenyataan, bukan? Kecewanya jiwa saya apabila mengetahui keputusan peperiksaan SPM saya tidak begitu baik, sekaligus tidak melayakkan saya menyambung pelajaran di matrikulasi Universiti Malaya. Walaupun saya mendapat pangkat satu, tapi keputusan untuk subjek matematik dan sains saya sangat teruk.
Saya tahu ayah kecewa. Tapi ayah simpan perasaan itu dengan memujuk saya. Kata ayah, belajar di mana-mana universiti pun sama sahaja. Tak apa, bukan rezeki saya untuk ke Universiti Malaya.
Ramai juga kawan-kawan saya ke Universiti Malaya, terutamanya yang mengambil jurusan perdagangan. Itu tambah mengecewakan saya. Dengan keputusan SPM yang tidak begitu cemerlang, saya hanya diterima melanjutkan pelajaran di peringkat diploma di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Masa ayah, mak dan angah hantar saya mendaftar kursus di UTM Skudai, saya hampiri ayah.
"Ayah, Onn mintak maaf ya, yah. Patutnya kita ke Universiti Malaya, kan? Ayah harap sangat Onn ke sana dulu. Onn ingat lagi, yah. Maaf ya, yah. Onn tak pandai macam Achik. (Achik saya belajar hingga ke UK dan dia sentiasa menjadi inspirasi saya semasa saya kecil.)"
Ayah pandang wajah saya. Tak ada apa yang keluar daripada bibirnya. Dia hanya pandang tepat ke mata saya dan mengusap kepala saya.
Setelah tamat pengajian peringkat diploma, saya meneruskan pengajian peringkat ijazah di UTM. Namun, harapan saya untuk belajar di UM tak pernah padam walau saya tak tahu bila ia akan tercapai. Sehingga ayah meninggal dunia, saya gagal memenuhi impian arwah ayah untuk menuntut di "Harvard University Malaysia".
Tapi Allah SWT maha adil. DIA temukan saya dengan Ain. Ain lulusan sarjana muda jurusan matematik daripada Universiti Malaya. Bukan setakat itu, Ain juga merupakan salah seorang pelajar pintar yang berjaya menamatkan pengajiannya di Universiti Malaya satu tahun awal daripada tempoh pengajian yang ditetapkan.
Allah SWT tidak tunaikan impian saya dan arwah ayah melalui saya. Tetapi Allah SWT penuhi hajat kami melalui Ain. Masya-Allah, hebatnya perancangan Allah SWT, kan? Saya kira tertunai sudah hajat kami. Saya fikir perkara saya dan Universiti Malaya sudah tamat setakat itu.
Akan tetapi, rupa-rupanya Allah SWT tunaikan juga hajat arwah ayah dan impian saya dengan 'double promotion'. Kurniaan limpahan dua kali ganda ini bukan melalui peluang untuk saya menimba ilmu di Harvard Malaysia. Allah SWT beri peluang untuk saya memberi ilmu kepada 29 orang mahasiswa daripada Universiti Malaya untuk menuntut ilmu daripada saya.
Lebih manis apabila Allah SWT terbangkan mereka dari kampus Universiti Malaya (UM) di Kuala Lumpur ke Liverpool John Moores University (LJMU) untuk saya ajari mereka tentang bidang kepakaran saya; pengurusan fasiliti.
Hari ini sesi pertama saya sebagai 'program leader' menerajui 'outbound reach out program' antara UM dan LJMU.
Mereka akan bersama saya selama hampir sebulan dan saya diberikan kuasa penuh untuk merangka program bagi kesemua 29 orang mahasiswa tahun kedua Sarjana Muda Ukur Bangunan daripada Universiti Malaya itu.
Semasa mereka diserahkan kepada saya tadi, hati dan perasaan saya bercampur baur; gembira, terharu, sedih dan sebak. Penuh emosi dalam jiwa ini. Sambil saya tatap 29 wajah anak Malaysia yang merupakan antara pelajar terbaik tanah air itu, saya hela nafas panjang sebelum saya mulakan kuliah pertama saya.
"First and foremost, I wish to welcome you to LJMU. Secondly, I wish to extend my gratitude to all of you for making my late father and my childhood dream a reality today. I have been holding on to this dream for 27 years. I am sure if my late dad was here with us today, he will be smiling at me with a huge sense of pride and happiness."
Kemudian saya ceritakan kepada mereka kisah impian arwah ayah dan saya. Saya tegaskan yang mereka ini antara yang bertuah kerana mereka adalah antara mahasiswa terbaik di Malaysia dan betapa bangganya saya kerana berpeluang berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman kepada mereka.
Perkongsian ini khas buat arwah ayah saya, Hj Mohd Noor Bin Habib. Saya mohon maaf kerana agak lambat menunaikan impian ayah. Tapi Allah SWT lipat gandakan kejayaan ini pada impian kita yang tak pernah padam. Saya doakan ayah damai di sana di samping mak dan insan-insan yang beriman. Terima kasih atas segala pengorbanan dan jerih perih ayah membesarkan kami. Walau kadangkala hati ini buta menghargai kasih sayang ayah.
Kepada semua, kadangkala perjalanan kita mencapai impian tidak seperti denai yang kita harapkan. Tapi bersangka baiklah dengan Allah SWT. Ada ketikanya Allah SWT lewatkan sedikit kurniaanNYA kerana DIA mahu memberikan kita suatu yang berlipat kali ganda kejayaannya.
Bersabarlah ya, teman. Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah dan Mengasihani.
Saya akhiri perkongsian dari hati kali ini dengan sedikit nukilan yang saya temui di sebuah blog yang coretannya benar-benar menyentuh hati saya:
"Bila Allah SWT cepat makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu,
Bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu,
Bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.
Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH SWT,
dalam apa jua keadaan pun kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya."
Sumber: iluvislam
(Penulis, Mohd Nazali Mohd Noor merupakan pensyarah di School of the Built Environment, Liverpool John Moores University (LJMU), United Kingdom. Beliau berkongsi karya di http://www.facebook.com/mohdnazali.)

Monday, June 4, 2012

135th - Tip sihat menurunkan berat badan

I successfully managed to maintain my weight at 48kg ~ 49kg for almost 3 months. Bunyi cam hebat kan.. hehe.. Well, ramai orang tanya saya how I get this weight even mereka  kata tak pernah nampak saya gemuk. Luckily, saya dalam kategori rangka kecil to sederhana. kalau setakat berat terlebih, sendiri je yang tahu.. hehehe.. Ok, jom saya share how it works..

Last year, July 2011, I realized I already put on weight when my son cakap 'Ibu, u looks meaty!'. Wah, so surprise, sbb since dia masuk UIA 2 bulan, tu first time dia cakap saya gemuk.. Masa tu rasa rendah diri dan pelbagainya lagi..

After google here and there, I was coached by Herbalife coach yang sangat baik hati even saya tak beli pun produk dari dia. I believe natural diet instead of makan supplement pengurus badan.

Beginning, I start to take plain water walaupun hakikatnya saya memang tak suka. SANGAT! Tapi azam nak kurus merubah hidup saya. Dengan berat permulaan 57kg, saya mula mengambil air mengikut body needs :

Jumlah air - 57kg/25 = 2.28liter perday

Beruntung masa tu Ramadhan menjelang, saya keraskan hati mengambil jumlah air, dan mula mengawal intake pemakanan dari 1 bahagian kepada 1/2. Tanpa skip mengambil makanan, waktu pagi 8.00 am saya mulakan dengan pengambilan secubit habbatusauda + 500ml air masak, kalau rasa lapar saya ambil almond chocolate 3 biji atau 2 keping biskut oat. Pukul 10 pagi, saya buat setgh mug nescafe untuk dicecah bersama 3 keping biskut crackers. Tapi... air saya buang. Untuk 3 bulan pertama saya tidak mengambil langsung air manis. Tengahari saya ambil nasi separuh + ikan/ayam + sayur, pukul 3 petang memadai sekeping dua kuih + air masak, dan malam sama seperti tengahari.  Hebatkan? hehe..Hasilnya - setiap minggu saya lost 0.5kg. Saya mulakan senaman selama 5 minit, 10 minit, 15 minit mengikut kemampuan saya. Dan akhirnya saya berjaya melengkapkan senaman selama 60 minit hampir setiap hari.

Hari Raya? Saya akan pastikan mengambil 1.0liter air sebelum memulakan sesi berziarah. Tips saya, ambil sedikit 5 atau 6 kali berbanding 3 hidangan yang besar.

Itulah rutin saya berlangsung selama 6 bulan!

Nah hasilnya, berat saya mencecah 48kg [pernah 47kg but I think I'm too skinny!]

So friend, jangan putus asa, tiada usaha yang tidak mendatangkan hasil jika ianya dilakukan bersungguh2!

Sekarang, saya masih lagi mengamalkan gaya hidup tersebut tetapi mengambil 2 kali air manis, senaman 1 ~ 3 kali seminggu dan pengambilan separuh hidangan makanan. Yang penting, air masak jangan lupa ya!

Friday, June 1, 2012